Feeds:
Posts
Comments

dsc005291

 

Sejarah munculnya gerakan mahasiswa telah berkembang sejak didirikan Universiti Bologna Paris dan Oxford pada abad ke 12 dan ke 13. Gerakan mahasiswa sedunia mulai muncul ketika terjadi penyerangan oleh tentera Hitler terhadap pertemuan Mahasiswa sedunia pada tangal 17 November 1939 di Praha Cekoslowakia. Akibat penyerbuan itu, sembilan pemimpin mahasiswa terbunuh dan Universitas Charles pun ditutup. Peristiwa tersebut membuat mahasiswa terkesan bukan hanya di Cekoslawakia, akan tetapi juga di seluruh dunia. Setelah kejadian ini, mahasiswa pun bangkit sebagai kelompok penentang, peristiwa 17 November ini di jadikan sebagai International Student Day.

Pada Mac 1945 di London diadakan pertemuan yang dihadiri oleh 24 mahasiswa dari seluruh dunia. Pertemuan tersebut telah menghasikan satu kesimpulan untuk membentuk satu organisasi mahasiswa seluruh dunia yang dikenal dengan nama Federasi Mahasiswa Seluruh Dunia. Selanjutnya pada bulan November pertemuan ini dilanjutkan kembali juga di tempat yang sama selama 2 hari. Pertemuan ini dihadiri oleh 150 orang mahasiswa dari 38 negara di dunia. Pada waktu yang sama juga telah lahir satu lembaga mahasiswa yang didominasi oleh kelompok komunis yang diberi nama “The Word Federation Of Democratic Youth (WFDY). Kelahiran organisasi ini telah mempengaruhi pertemuan di London, di mana organisasi Federasi Mahasiswa mengambil sikap beraliansi dengan WFDY atau tidak. Disinilah mulai terjadi perpecahan ditubuh organisasi mahasiswa dan hampir saja organisasi Federasi Mahasiswa ini dibubarkan. Namun satu tahun kemudian, tepat pada 17 November 1946 diadakan kembali pertemuan mahasiswa sedunia di Praha, Cekoslawakia. Dalam pertemuan inilah terbentuk organsisasi mahasiswa sedunia secara resmi yang diberi nama International Union Of Student (IUS). Continue Reading »

Penguasa dalam pelbagai isu gagal mengesan kemarahan rakyat malahan dipekakkan telinga dengan sikap tidak peduli akan nasib rakyat.Sekiranya pemerintah masih tidak endah dengan amarah rakyat terhadap isu PPSMI,ISA & pelbagai lagi isu yang sensitif maka saya optimis kuasa peti undi akan digunakan pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.Rakyat adalh pemilik sebenar kuasa maka tidak ada sesiapa pun yang berhak mengaku bahawa secara mutlak bahawa kuasa ada pada pemerintah. Dalam isu berbangkit,saya menyeru teman-teman agar terus berusaha memperkasa ilmu pengetahuan bagi menongkah ide-ide yang pesong terhadap hakmilik kebebasan rakyat. Continue Reading »

Dalang Kejatuhan Kerajaan Perak

 

The situation in Perak is becoming more interesting from day to day. Thanks to the show put up by both sides of politicians. They do create a lot of history for Perak. Now, Perak has another attractive tourism spot, “The Tree”. It is very hard to find another legislative meeting being held under a tree at any other countries. The Bota assemblyman’s name might also carved in the Malaysia Book of Records or perhaps in Guinness Book of Record for being the shortest period of hopping twice. Even the State Secretary suddenly has so big of say in disallowing DUN proceeding, police disallowing State Assemblymen/women from entering assembly meeting hall, misinterpret ting the word “sembah derhaka”, dragging the court of justices and police into the drama.
Continue Reading »

Suara Yang Di-Pertua

            Salam,tahniah saya ucapkan kepada teman-teman dalam PMSP-UKM yang amat gigih sejak bermula idea untuk menubuhkan semula persatuan ini.Saya ingin memuji mahasiswa/i tahun 1 yang begitu semangat dalam memerah idea-idea baru dalam merencanakan aktiviti yang hebat & mantap terutamanya saudara Hilman,Ariff,Ismail & teman-teman yang lain.

            Banyak rintangan,cabaran yang kami tempuhi semasa hendah menubuhkan PMSP-UKM & bagi saya tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk memperkasakan lagi mahasiswa/i Sains Politik dengan pelbagai aktiviti & pada masa yang sama berkolaborasi dengan PESEPSI dalam menjalankan aktiviti.Ini menunjukkan bahawa tidak wujud isu perpecahan dan keluar dari PESEPSI kerana kita sebagai mahasiswa/i Sains Politik masih utuh keakraban dan kerjasama dengan Kelab Pusat Pengajian tersebut & Alhamdulilah kita telah buktikan gandingan dengan mahasiswa/i dari program Sejarah & Strategi  dalam PESEPSI amat baik sekali.

              Prof Madya Ghazali sebagai Penasihat PMSP-UKM sentiasa memberi tunjuk ajar pengalaman yang amat berguna sekali terutama dalam perancangan strategi aktiviti dan itu merupakan sebuah anugerah kepada PMSP-UKM yang baru bertatih untuk menjadi sebauh persatuan yang gah di mata mahasiswa/i UKM dengan aktiviti & keaktifan yang maksimum tanpa memingirkan matlamat akademik.

              Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua mahasiswa/i Sains Politik Tahun 1,Tahun 2 & Tahun 3 yang telah memberikan sokongan padu walaupun pada mulanya berlaku kekaburan dalam membina matlamat PMSP-UKM & terima kasih kepada Prof.Madya Ghazali,Dr.Kartini & En Nadzri kerana memberi jalan kepada persatuan membina arah perjuangan Mahasiswa/i yang sebenar dalam organisasi.

Kenyataan Untuk Edaran

Kenyataan Untuk Edaran

Salam sejahtera,

Sehubungan dengan usaha semua pihak dalam merealisasikan aktiviti persatuan pelajar khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Persatuan Mahasiswa Sains Politik telah ditubuhkan pada 17 Novenber 2008 berikutan kelulusan yang telah diberikan oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Unit Hal Ehwal Pelajar.

Sekian untuk makluman.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.